Friday, April 10, 2009

ELEMEN-ELEMEN MEDIA

AUDIO

pengenalan

Audio/bunyi merupakan suatu elemen media yang sangat penting. Penggunaan audio/bunyi antaranya seperti perkataan yang dituturkan, muzik, dan sebagainya dalam pelbagai multimedia masa kini sememangnya amat diperlukan.. Hal ini kerana, audio mampu menarik perhatian, mampu mempengaruhi emosi serta pemikiran seseorang. Selain itu, audio juga mampu mempertingkatkan kefahaman seseorang kepada isi kandungan yang kompleks juga menerangkan dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melaui penggunaan teks @ grafik. Seterusnya pula, terdapat 8 format fail penyimpanan bagi audio, iantaranya ialah Audio Interchange File Format (AIFF & AIF), Musical Instrument Digital Interface (MID, MIDI & MFF) , Sound (SND) serta banyak lagi.


Apa itu Audio??


Konsep audio dan gelombang audio sebenarnya adalah proses yang berlaku semasa kita mendengar bunyi yang terhasil. Secara dasarnya, semasa kita mendengar, kita sebenarnya sedang merasai perubahan tekanan udara yangterdapat disekeliling. Perubahan ini diterima oleh gegendang dan diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai amplitud & diukur dalam unit decibels (dB). Manakala kadar perubahan tekanan udara tersebut pula dinamakan pitch. Bagi lebih memahami konsep audio dan gelombang audio ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat. Pertama sekali adalah dua ciri gelombang audio. Iaitu Frekuensi (kenyaringan) yang merupakan ukuran bagi kadar kelajuan bunyi yang dihitung berdasarkan kepada bilangan kitaran gelombang sesaat atau Heartz (Hz), juga menentukan seberapa tinggi atau rendah sesuatu nada bunyi yang didengari. Semakin tinggi frekuensinya, semakin jelas dan nyaring bunyi tersebut, maka semakin tinggi nada. Juga Amplitud yang dikenali sebagai kekuatan bunyi. Di mana, semakin kuat bunyi, semakin besar amplitudnya.


Yang kedua adalah, kaedah penyimpanan bagi audio digital & audio analog. Masing-masing menggunakan teknologi cip penterjemah ADC (digital analog coverter) yang berperanan maengubah signal analog > denyutan digital. Manakala DAC (digital analog coverter) berfungsi mengubah denyutan digital > gelombang analog yang telah sedia terbina di dalam sound card.


Persampelan Audio


Secara mudahnya persampelan adalah satu proses yang berlaku apabila gelombang audio berbentuk signal analog dipecahkan atau disampelkan sekerap mungkin bagi setiap saat kedalam bentuk signal digital. Kualiti sesuatu signal audio digital adalah tinggi apabila semakin banyak sampel yang diambil. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kualiti audio, iaitu kadar sampel, saiz sampel dan juga saluran.


PERISIAN-PERISIAN AUDIO


Sound Recorder, SonicFoundry Sound Forge, Macromedia SoundEdit 16 Plus Deck.



VIDEO


Elemen media yang kedua adalah video. Sepertimana audio, video juga terbahagi kepada video analog dan juga video digital. Video Analog merupakan maklumat yang disampaikan melalui pemain cakera video, pita video, siaran TV dan media bukan komputer yang lain. Setiap bingkai atau frame video analog diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu. Seterusnya, Format video analog adalah Video Komposit., Video Komponen, dan juga S-Video.


Video komposit menggabungkan semua komponen kecerahan imej, warna, maklumat setaraan video dan audio dalam satu isyarat kualiti yang rendah. Video komponen pula mengasingkan setiap komponen kepada isyarat berbeza. S-Video adalah lebih baik berbanding video komposit, tetapi kurang baik berbanding video komponen kerana isyarat warna dan kecerahan dipisahkan melalui wayar berbeza dan dimasukkan ke dalam satu kabel yang sama. Namun demikian, kelemahan bagi format video analog adalah sering mengalami masalah kecairan warna, gambar yang kurang jelas & kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau terlalu lama disimpan.



Piawaian utama Video Analog


PAL (Phase Alternating Line), NTSC (National televisyen System Committee).



Video Digital pula adalah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik dengan menggunakan Analogue to Digital Converter (ADC), manakala Digital to Analogue Converter (DAC). Sumber video analog (kamera video, VCR, monitor (TV) dihubungkan kepada kad pendigital atau video capture card pada sesebuah komputer. Kelebihan utama video digital ialah kualitinya kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai sebarang masalah besar apabila disimpan dala tempoh yang lama. Boleh disimpan dalam fail komputer dan disalin tanpa kejatuhan kualiti, lebih senang diubahsuai @ dipinda, serta banyak lagi. Manakala kelemahannya pula adalah mempunyai saiz fail yang agak besar, cetak rompak mudah dilaksanakan, memerlukan kadar pemindahan data agak tinggi (tempoh masa yang panjang diperlukan untuk pemadatan fail) serta banyak lagi.



GRAFIK


Elemen lain yang terdapat dalam sesuatu multimedia adalah grafik. Grafik adalah merupakan media utama yang digunakan untuk memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi media integratif. Penggunaan grafik dalam media adalah penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Contohnya penggunaan grafik seperti lukisan, gambar foto, atau carta misalnya amat membantu dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas serta berkesan. Grafik dikenali sebagai penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ini secara tidak langsung dapat menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan & persembahan media integratif. Manakala grafik berkomputer pula merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer.

Kategori Grafik

Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu:

1. Imej raster @ bitmap- terbentuk daripada 1 kumpulan pixel-pixel yang disusun dalam bentuk matrik mudah. Setiap pixel tersebut mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatan.
> pixel adalah elemen paparan terkecil yang menghasilkan imej yang dilihat pada monitor.
> terdapat berjuta-juta pixel dalam sesebuah imej.

2. Imej vektor- dikenali juga sebagai grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Imej vektor merupakan asas kepada elemen lukisan @ objek seperti garisan, bulatan, segi empat, dan banyak lagi. Terbentuknya imej vektor adalah hasil daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis dalam bentuk geometrik (formula matematik).


Thursday, February 26, 2009

KEPELBAGAIAN TYPACES

TYPACES


Dalam penulisan terdapat pelbagai jenis 'Typaces' yang sering digunakan. Setiap Typaces yang digunakan itu boleh memberikan gambaran mengenai makna yang ingin disampaikan kepada pembaca atau penerima. Malahan, melalui pengunaan Typaces juga, kita dapat menyatakan tentang perasaan dan pemikiran yang ingin diluahkan kepada seseorang. Antara jenis Typaces yang sering digunakan dalam penulisan tertentu adalah:

Times New Roman, Century Gothic, Bodomi MT, Book Antiqua, Arial, CASTELLAR, serta banyak lagi.

Di bawah ini terdapat beberapa contoh Typaces yang digunakan bagi menyatakan tentang sesuatu perkara atau perasaan seseorang individu :-



Contoh 1 menunjukan penggunaan Typaces yang berbeza dalam menyampaikan perkara yang sama.






Contoh 2 penggunaan Typaces dalam menyampaikan ucapan semoga berjaya.






Contoh 3: Penggunaan Typaces supaya menarik minat pembaca uncuk membeli buku tersebut





Contoh 3: Penggunaan Typaces dalam mengekspresikan kesejukkan







Contoh 5: Penggunaan Typaces bagi menyatakan perasaan cinta kepada subjek matematik

Saturday, January 31, 2009

PENGGUNAAN TEKS DALAM PELBAGAI REKA BENTUK...

Jika tadi saya telah menyatakan beberapa contoh mengenai penggunaan multimedia dalam bidang-bidang tetentu, kini saya akan menceritakan pula tentang penggunaan dan peghasilan teks dalam pelbagai iklan dan juga barangan tertentu. Terdapat banyak iklan dan barangan yang menggunakan design teks bagi menyampaikan mesej dan mempengaruhi orang ramai. Ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, kerana penggunaan teks dapat mempengaruhi serta menarik minat orang ramai selain daripada penggunaan video dan audio. Seterusnya, dibawah ini saya akan tunjukkan beberapa contoh iklan serta design barangan yang menggunakan teks dalam produk mereka...



Gambar diatas merujuk kepada tajuk sebuah program televisyen swasta negara kita.


Gambar ini pula merujuk kepada penggunaan teks dalam sebuah rancangan kanak-kanak yang sememangnya diminati oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita.


seterusnya, ini pula merupakan contoh penggunaan teks dalam penerbitan sebuah buku akademik.


Akhir sekali, ini gambar diatas merujuk kepada penggunaan teks dalam pembungkusan sebuah produk makanan.

PENGGUNAAN TEKS DALAM PELBAGAI BIDANG

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG, SEPERTI PENDIDIKAN, PERUBATAN, PERNIAGAAN, HIBURAN DAN POLITIK.


Blogstarz buka peluang tambah pendapatan guna internet.

Berita Harian... oleh Ahmad Fiesal Othman.


Tagermedia Sdn. Bhd. Pengusaha laman web tempatan, menawarkan peluang perniagaan secara dalam talian bagi membantu orang ramai yang berminat menambah pendapatan ketika suasana kelembapan ekonomi pada masa ini. Pengarah Urusannya, Karl Iskandar Awang, berkata syarikat itu memperkenalkan laman web Blogstarz yang mampu menambah pendapatan di kalangan pekerja sehinggalah ke suri rumah yang mahu bekerja di rumah mengikut keperluan waktu masing-masing. Beliau menambah, Blogstarz memberi ruang kepada sesiapa saja yang mahu membina kerjaya dan berkongsi keuntungan.

Menerusi Blogstarz, beberapa pakej diperkenalkan termasuk Pakej Usahawan terbaru yang membolehkan pengguna mendapat blog termasuk khidmat pengiklanan (Ads By Blogstarz) dengan pengurangan harga sehingga 50 peratus.

Untuk menjadi blogger melalui Blogstarz, pelanggan boleh memilih pakej bersesuaian. Beberapa langkah diperlukan untuk mendaftar termasuk mendaftar dengan melayari laman web iaitu www.blogstarz.my sebagai blogger, keduanya dengan menghantar slip pembayaran melalui faks ke 03-92849977, dan beberapa langkah lain yang boleh dilakukan.


Maklumat negara dalam e-ryza.

Oleh Muzdalifah Mustapha...Utusan Malaysia.





Malysia kini mempunyai satu sistem pencarian maklumat padat tercanggih yang dinamakan Malaysia Info Kiosk ’e-ryza’ yang berfungsi sebagai pemberi maklumat mengenai semua aspek dalam negara. Sistem kiosk tersebut brkonsepkan skrin sesentuh.

Sistem tersebut juga lengkap dengan maklumat tentang peta Malaysia , informasi terkini , komunikasi, perniagaan, dan perkhidmatan internet yang mampu menjadi strategi utama Kementerian Pelancongan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara ini. E-ryza merupakan sistem komputer yang berfungsi sebagai pemberi maklumat khususnya tentang peta Malaysia, industri perhotelan, kompleks beli belah, tempat makan, tempat hiburan, perubatan, pendidikan, pengangkutan awam, dan banyak lagi.

Info Kiosk ini turut beroperasi selama 24 jam dan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet, telefon, mel video, tambah nilai prabayar, dan termasuk e-ticketing.



Portal Malaysia nombor satu-Google.

Utusan Malaysia...



Perancang pengiklanan Google telah meletakkan iProperty.com Malaysia (www.iproperty.com.my) sebagai portal nombor satu negara. iProperty.com Malaysia merupakan sebahagian daripada iProperty.com Group, peneraju rangkaian portal hartanah Asia.


Peranti hiburan pelbagai guna.





Hiburan untuk kegunaan ketika masa lapang. Muse G11 merupakan gajet hiburan yang semakin mencuri tumpuan para penggemar produk berkenaan. Ianya dilengkapi dengan fungsi audio terbaik, ia turut menyokong pelbagai aplikasi lain, seperti permainan video, permainan media, serta penalaan radio FM.

Ciri menarik lain yang turut ditawarkan adalah skin sentuh 3.2 inci serta simpanan memori terbina sebanyak 4 gigabit (GB).

Saturday, January 10, 2009

SALAM PERKENALAN KEPADA SEMUA...


SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..salam dihulurkan pembuka bicara.


Hai apa khabar semua??? Harap semua yang melawati blog ini dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...

Alkisah bermulanya satu cerita...

Merupakan anak jati negeri Johor, saya Noor Adilla Bte Md Amin (111957)
berasal dari daerah Pontian yang lebih dikenali sebagai Tanah Keterselatan Benua Asia. Saya adalah anak ketujuh daripada lapan bersaudara. Sememangnya saya sangat bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Kemeriahan akan sentiasa dirasai apabila kami semua berkumpul bersama. terutama sekali pada waktu cuti dan pada perayaan tertentu. Satu pengalaman yang sememangnya tidak akan saya lupakan.

Kini saya sedang menuntut ditahun kedua (semester ke-4) dalam program komunikasi di Universiti Utara Malaysia. Selama berada di bumi orang ini, saya telah mempelajari pelbagai budaya dan bahasa yang berbeza. Terutama sekali daripada rakan-rakan lain yang berasal dari Kelantan, Pahang, Thailand, Kedah, dan lain-lain lagi.

Pengalaman tinggal diperantauan sememangnya banyak mengajar saya erti kehidupan. Di sini saya belajar erti kehidupan. Berjauhan dari keluarga sangat menuntut saya supaya belajar berdikari. Segala keputusan perlu saya lakukan sendiri.

Alhamdulillah..berkat bantuan semua rakan dan taulan dan tidak lupa juga semua pensyarah yang banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar, dapat saya mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswi. Terima Kasih diatas tunjuk ajar kalian semua.

TAMAT...


Azam taun baru

pontian, johor, Malaysia
hidup hanya sekali.. sebab 2 kena hepi.. xde masalah jgn dcari.. klu x merana diri... kepada mereka yg mlwti blog ini, pk2 kn lah... segalanya terltk dtngn anda.. huhuhuhuh