Friday, April 10, 2009

ELEMEN-ELEMEN MEDIA

AUDIO

pengenalan

Audio/bunyi merupakan suatu elemen media yang sangat penting. Penggunaan audio/bunyi antaranya seperti perkataan yang dituturkan, muzik, dan sebagainya dalam pelbagai multimedia masa kini sememangnya amat diperlukan.. Hal ini kerana, audio mampu menarik perhatian, mampu mempengaruhi emosi serta pemikiran seseorang. Selain itu, audio juga mampu mempertingkatkan kefahaman seseorang kepada isi kandungan yang kompleks juga menerangkan dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melaui penggunaan teks @ grafik. Seterusnya pula, terdapat 8 format fail penyimpanan bagi audio, iantaranya ialah Audio Interchange File Format (AIFF & AIF), Musical Instrument Digital Interface (MID, MIDI & MFF) , Sound (SND) serta banyak lagi.


Apa itu Audio??


Konsep audio dan gelombang audio sebenarnya adalah proses yang berlaku semasa kita mendengar bunyi yang terhasil. Secara dasarnya, semasa kita mendengar, kita sebenarnya sedang merasai perubahan tekanan udara yangterdapat disekeliling. Perubahan ini diterima oleh gegendang dan diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai amplitud & diukur dalam unit decibels (dB). Manakala kadar perubahan tekanan udara tersebut pula dinamakan pitch. Bagi lebih memahami konsep audio dan gelombang audio ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat. Pertama sekali adalah dua ciri gelombang audio. Iaitu Frekuensi (kenyaringan) yang merupakan ukuran bagi kadar kelajuan bunyi yang dihitung berdasarkan kepada bilangan kitaran gelombang sesaat atau Heartz (Hz), juga menentukan seberapa tinggi atau rendah sesuatu nada bunyi yang didengari. Semakin tinggi frekuensinya, semakin jelas dan nyaring bunyi tersebut, maka semakin tinggi nada. Juga Amplitud yang dikenali sebagai kekuatan bunyi. Di mana, semakin kuat bunyi, semakin besar amplitudnya.


Yang kedua adalah, kaedah penyimpanan bagi audio digital & audio analog. Masing-masing menggunakan teknologi cip penterjemah ADC (digital analog coverter) yang berperanan maengubah signal analog > denyutan digital. Manakala DAC (digital analog coverter) berfungsi mengubah denyutan digital > gelombang analog yang telah sedia terbina di dalam sound card.


Persampelan Audio


Secara mudahnya persampelan adalah satu proses yang berlaku apabila gelombang audio berbentuk signal analog dipecahkan atau disampelkan sekerap mungkin bagi setiap saat kedalam bentuk signal digital. Kualiti sesuatu signal audio digital adalah tinggi apabila semakin banyak sampel yang diambil. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kualiti audio, iaitu kadar sampel, saiz sampel dan juga saluran.


PERISIAN-PERISIAN AUDIO


Sound Recorder, SonicFoundry Sound Forge, Macromedia SoundEdit 16 Plus Deck.



VIDEO


Elemen media yang kedua adalah video. Sepertimana audio, video juga terbahagi kepada video analog dan juga video digital. Video Analog merupakan maklumat yang disampaikan melalui pemain cakera video, pita video, siaran TV dan media bukan komputer yang lain. Setiap bingkai atau frame video analog diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu. Seterusnya, Format video analog adalah Video Komposit., Video Komponen, dan juga S-Video.


Video komposit menggabungkan semua komponen kecerahan imej, warna, maklumat setaraan video dan audio dalam satu isyarat kualiti yang rendah. Video komponen pula mengasingkan setiap komponen kepada isyarat berbeza. S-Video adalah lebih baik berbanding video komposit, tetapi kurang baik berbanding video komponen kerana isyarat warna dan kecerahan dipisahkan melalui wayar berbeza dan dimasukkan ke dalam satu kabel yang sama. Namun demikian, kelemahan bagi format video analog adalah sering mengalami masalah kecairan warna, gambar yang kurang jelas & kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau terlalu lama disimpan.



Piawaian utama Video Analog


PAL (Phase Alternating Line), NTSC (National televisyen System Committee).



Video Digital pula adalah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik dengan menggunakan Analogue to Digital Converter (ADC), manakala Digital to Analogue Converter (DAC). Sumber video analog (kamera video, VCR, monitor (TV) dihubungkan kepada kad pendigital atau video capture card pada sesebuah komputer. Kelebihan utama video digital ialah kualitinya kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai sebarang masalah besar apabila disimpan dala tempoh yang lama. Boleh disimpan dalam fail komputer dan disalin tanpa kejatuhan kualiti, lebih senang diubahsuai @ dipinda, serta banyak lagi. Manakala kelemahannya pula adalah mempunyai saiz fail yang agak besar, cetak rompak mudah dilaksanakan, memerlukan kadar pemindahan data agak tinggi (tempoh masa yang panjang diperlukan untuk pemadatan fail) serta banyak lagi.



GRAFIK


Elemen lain yang terdapat dalam sesuatu multimedia adalah grafik. Grafik adalah merupakan media utama yang digunakan untuk memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi media integratif. Penggunaan grafik dalam media adalah penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Contohnya penggunaan grafik seperti lukisan, gambar foto, atau carta misalnya amat membantu dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas serta berkesan. Grafik dikenali sebagai penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ini secara tidak langsung dapat menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan & persembahan media integratif. Manakala grafik berkomputer pula merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer.

Kategori Grafik

Grafik boleh dikategorikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu:

1. Imej raster @ bitmap- terbentuk daripada 1 kumpulan pixel-pixel yang disusun dalam bentuk matrik mudah. Setiap pixel tersebut mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatan.
> pixel adalah elemen paparan terkecil yang menghasilkan imej yang dilihat pada monitor.
> terdapat berjuta-juta pixel dalam sesebuah imej.

2. Imej vektor- dikenali juga sebagai grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Imej vektor merupakan asas kepada elemen lukisan @ objek seperti garisan, bulatan, segi empat, dan banyak lagi. Terbentuknya imej vektor adalah hasil daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis dalam bentuk geometrik (formula matematik).


No comments:

Post a Comment

Azam taun baru

pontian, johor, Malaysia
hidup hanya sekali.. sebab 2 kena hepi.. xde masalah jgn dcari.. klu x merana diri... kepada mereka yg mlwti blog ini, pk2 kn lah... segalanya terltk dtngn anda.. huhuhuhuh